Monday, May 17, 2010

1st WEIGH IN Details

Salam semua


Thank U for joining TBL Season2 :)

Sorry for the delay, byk sgt agenda yg perlu disettlekan dulu.

Ok utk 1st weigh in saya memerlukan starting weight anda
so :


1) anda dikehendaki menimbang berat anda pada pagi selasa dan ambil gamba berat anda di weigh in scale tersebut
2) anda dikehendaki meletakkan sesuatu barang berwarna HIJAU di sebelah weighing scale tersebut sebagai bukti itu adalah berat anda yg paling latest
3) ambil gamba tersebut dan emailkan pada saya selewat2nya rabu pagi.
4) Utk weigh in mingguan seterusnya, nantikan email dari saya utk arahan seterusnya eh, ini adalah utk mengelakkan berlaku penipuan walaupun saya tahu anda semua tak mungkin akan tipu berat anda kan.. :)

saya sudah email dan sertakan acct no maybank utk pembayaran registration fee TBL season 2 ini. Diminta jasa baik semua utk emailkan detail transaction apabila sudah membuat bayaran.


regards
kaseh

Sunday, May 16, 2010

Denda TBL & registration fees Season 1

Salam

Before kita mulakan TBL Season 2 ni ada sedikit perkara yg saya nak bgtau semua contestant tentang kenapa saya nak duit registration awal2 sebab ada yg email tanya naper tak byr registration fee masa akhir contest je. ok ni sebab2nya eh..

anyway saya mmg ada hutang hadiah no 4 & 5(TBL season 1) iaitu utk Kakyangz & sobby..sebb utk hadiah mereka berdua ni saya kena kumpul duit denda n registration and bahagikan 60% and 40% respectively... so ni adalah list mereka yg dah confirm bayar denda & registration fee RM20 n inform me...

1) lily - 30
2) sobby - 25
3) rosliza - 20
4) kak yang - 30
5) Kaseh - 40

sebenarnya ramai yg belum bayar lagi duit denda dan registration fee season1 jadi sebab tu la sampai skang takleh nak dibagi hadiah utk kakyanz n sobby ni.. saya malas nak mintak sebab dah inform awal2 denda n registration kena bayar utk bg hadiah tpt ke 4 & 5 tapi yg dah confirm bayar n inform saya adalah nama2 diatas sahaja.. yg lain2 tu mmg takde inform.. saya dah check email and sms..mmg takdek..

utk nomi, regina and mahani, ada mintak no acct akak tapi akak tak dapat notice u all dah byr ke belum eik..nati inform akak kalau dah, takut akak terlepas pandang.

anyway kalau ada yg dah bayar tapi tak inform saya please do so.. sebb saya mmg takde dapat apa2 notice yg u all dah byr.. takut saya yg terlepas pandang tapi mmg yg saya tahu hanya nama2 kat atas tu je yg ada btau.. kalau ada yg da bayar tapi lupa nak inform saya dan sy tak sebut kat atas tu minta maaf eh..

anyway utk kak yanz n sobby.. akak bg je dulu duit yg ada ni eh.. kalau yg lain2 bayar nati akak akan bg lagi.


Total yg confirm dah byr n inform me : RM145


so 60% kak yangz - RM 87
and 40% sobby - RM 45

nati gimme ur acct no so akak bleh bank in apa yg ada je ni dulu..

and this is the reason why utk season 2 saya mintak registration fee awal2, so that by end of competition senang nak bayar kat semua. Tak perlu tunggu2.. and lagi satu sebab biar u all rasa terkilan kalau tak turun berat sebab dah bayar registration fee mahal2.. :)

hope yg mana tanya tuh dah faham kenapa saya mintak registration fee awal2 eh and utk kak yangz n sobby. sorry for the delay.. tak disengajakan..

p/s : utk contestant TBL season 2, once u all dah bank in registration fees tu please email me eh.. senang nak save detail u all nati..

Thursday, May 13, 2010

Updated TBL Contestant

Salam

Sorry lambat update, Nampaknya kita akan delay start diet contest ni
ok dibawah ini adalah senarai updated TBL contestant yg masih nak join n bayar RM50 registration fee, kalau ada yg nak tarik diri atau ada yg berminat nak join tapi belum bg detail sila bg saya detail sebelum hari Sabtu ni ya (15/5/10) dan email detail ke tblseason2@yahoo.com

1) Nisa
2) Noradzlina
3) Farah
4) Chubby
5) Diana
6) Zul
7) Siti Haisah
8) Rasidah
9) Diyana
10)Yusairi
11)AIney

ok kalau ada yg saya terlepas pandang dan tak letak dalam ni sila inform eh, insyaALLAH kalau takde apa menghalang sabtu nati baru saya bg acct no saya eh...

dalam masa tuh.. anda dah fikirkan apa cara dan taktik anda utk kuruskan badan dan menang contest ini? :) saya dah :) tapi belum mula lagi la ..tunggu kita ramai2 diet eh.. chaiyokk!!

Monday, May 3, 2010

Peserta TBL season 2

Salam..

Syukur alhamdullillah nampaknya ada sokongan dari rakan2 semua..terima kasih pada semua ehh. Berikut adalah nama2 peserta utk TBL season 2 kali ini :

1) Siti meri

2) Yusairi

3) Noor Diana

4) Zulkarnain

5) Nazliyanti

6) Farah Shahida

7) Rosliza

8) Emy apple pie

9) AIsha

10) Rasidah

11) Noridah

12) Bed

13) Ida

14) Ainey

15) Lin

16) Deeya

17) EMy kl

18) Kaseh

Diantara syarat2 penyertaan adalah:

1. Pertandingan ini akan dilakukan secara ONLINE jadi tidak akan ada weekly physical challenge antara peserta tetapi cabaran lain yg akan diberikan. ( akan ditentukan kelak - idea dari anda semua amat dialu2kan).

2. Peraduan ini akan berlangsung selama 3 bulan. Bermula pada 10 May 2010 sehingga 10 July 2010.

3. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, Ketua kumpulan akan bertanggungjawab menjaga dan memastikan ahli kumpulan anda berjaya turunkan berat badan dan tidak didenda. Penyingkiran AKAN dilakukan didalam pertandingan ini.

4. Bayaran penyertaan sebanyak RM50 akan dikenakan. Bayaran ini hendaklah diselesaikan sebelum bermulanya sesi TBL nati. Bayaran ini adalah merupakan hadiah utk peserta yg berjaya menurunkan berat badan paling tinggi. (highest percentage weight loss)

hadiah sponsor lain akan diusahakan kemudian.

5. MINIMUN percentage weight loss utk pemenang kali ini adalah 20% (memandangkan peserta kita season yg lepas berjaya mengurangkan berat badan sebyk 19% jadi tak mustahil utk anda kurangkan 20% kan) Seandainya ada SERI diantara peserta maka peserta yg mempunyai kurang denda akan memenangi hadiah tersebut.

6. Sebarang bentuk sponsor amat di alu-alukan.

7. Sekiranya berat badan naik (semasa sesi timbang berat mingguan) walaupun 0.01 kg anda akan dikenakan DENDA RM 5.00. Jikalau berat anda tidak berubah anda tidak akan dikenakan apa-apa.

8. Bayaran wang RM50.00 yang dikenakan dan denda yg diperolehi nati akan dijadikan hadiah utama bg pemenang biggest loser kali ini. (mesti ramai yg tanya kenapa MAHAL? sebab kalau mahal baru la korang rasa berbaloi nak kuruskan badan, mesti bersemangat lebih sket.. duit dah keluar utk register so kalau tak kurus sure rasa terkilan kan :) )

9. Terpulang kepada setiap peserta bagaimana cara untuk menurunkan berat badan. Samada bersenam, makan ubat, guna trainer ke, pam hampagas ke atau apa sahaja, janji setiap minggu ada turun tau... :]

10. Peserta wajib menghantar data tentang berat badan, gambar mesin timbang berserta berat setiap hari jumaat sebelum pukul 12:00 malam. Kerana kami akan mengemaskini kan data setiap para peserta setiap minggu.

11. Keputusan terkini para peserta akan di umunkan setiap hari sabtu jam 12:00 tengahari. (paling lewat hari Isnin sebab organizer kadang2 sibuk dengan kerja) :)

12. Setiap peserta nama diatas dikehendaki memberikan maklumat seperti :-
(semua data peribadi yg anda akan dirahsiakan, kecuali blog url, berat, nama dan umur akan dipamerkan ). Kalau takde blog tu silalah buat satu yek...

contoh seperti berikut :-


( gambar ni sebagai contoh sahaja, kasi la gambar anda yang betul jangan malu dengan diri sendiri kerana itu lah diri anda - kami memerlukan sekeping gamba penuh head to toe dan satu gamba closeup dari muka hingga ke dada )
emailkan ke tblseason2@yahoo.com

  • Nama : Aminah Bte Hasan
  • Umur : 29 tahun
  • Alamat : 66, Jalan Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia
  • No Telefon : 012-3456789
  • Tujuan : sy ingin mengurangkan berat badan sy kerana sy rasa berat badan sy naik membuak-buak selepas melahirkan anak sulung sy.
  • Berat Badan : 130 kg
  • Berat badan yang ingin di capai : 70kg dalam masa 3 bulan
  • Blog URL : www.AmySan.blogspot.com
14. Diharap semua para peserta yang memasuki pertandingan ini "JUJUR" dengan data yang mereka hantar. Jikalau anda "MENIPU" bermakna anda hanyalah "MENIPU" diri sendiri dan tiada apa-apa kemajuan yang akan dicapai.

15. Buktikan diri anda boleh berjaya. Buatlah untuk diri anda dan bukan untuk orang lain.Kerana itu yang terbaik.

16. Pertandingan ini dibuat bukanlah untuk mencari "NAMA MAHUPUN WANG RINGGIT"tapi hanyalah sebagai pembakar semangat dan motivasi utk diri sendiri dan kepada yang lain diluar sana.



17. Majulah sukan untuk negara dan Selamat berjaya diucapkan kepada semua para peserta.



18. Perkembangan peserta2 akan di update dari masa ke semasa melalui blog ini.
(tbl-malaysia.blogspot.com)

19 . Sila email saya di tblseason2@yahoo.com utk mendapatkan akaun number saya bg pembayaran pendaftaran ini. tenkiu.